Allah. Semakin aku meningkat dewasa, semakin banyak pula yang Kau duga. Aku benar2 kehilangan arah. Duka dan resah yang semakin menghimpit hati kecil ini. Setiap titisan mutiara jernih yang gugur dari kedua belah kelopak mata bukan beerti aku lemah.. Sekadar untuk aku meluahkan apa yang tidak mampu aku ucapkan dengan kata-kata. Ya Rab.. Aku benar2 perlukanMu.. Apa lagi yang harus aku lakukan...
Sedaya upaya aku ukirkan senyuman manis demi kebahagiaan insan2 sekeliling.. Namun, jauh di sudut hati, aku akur.. Akur bahawa berpura2 itu buat aku lebih berduka dan derita melawan setiap yang terbuku di sanubari. Sampai bila Ya Allah akan Kau uji kami begini. Aku hanya insan kerdil yang lemah. Tidak mampu melawan setiap qada' serta qadarMu yang telah tertulis sejak azali di Luh Mahfuz.
Namun ku mohon Ya Rabb.. Cekalkan lah hati kami menghadapi apa jua yang terjadi. Simpulkanlah kembali setiap ikatan yang hampir terlerai. Satukanlah kembali hati2 yang telah terluka dan berkecai. Aku mohon ya Allah.. Hapuskanlah air mata dari wajah2 insan kesayanganku.. Satukanlah kami kembali ya Allah.. Jangan biarkan duka & benci menguasai serta merosakkan kasih sayang antara kami Ya Rabb.. Tangisan ku ini sesungguhnya tangisan memohon agar Kau perkenankan segala doa hambaMu ini.. Ampunkan aku ya Rabb.. Ampunkan mereka Ya Rabb.. Kembalikan mereka kepadaku.. Aku mohon.. Aku mohon.. Aku mohon.. :'(
" Duhai hati.. Menangislah andai itu yang mampu membuatmu berasa lebih baik & tenang..
Kerana kasihkan kita, Allah ciptakan air mata.. "
0 comments:
Post a Comment