BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.:im a princess of my own way:.

Monday, October 24, 2011

~ Kehebatan Seorang Wanita ~



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat..

Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil..

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang di berikannya..

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad..

Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..

Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat..



Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah & kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari & wanita itu akan di mandikan di dalam Syurga & menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang di buat daripada yakut..

Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya..

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah..

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang di sukainya..


Sumber:
"Wanita Yang Di rindui Syurga "

.: Subhanallah.. Betapa Allah amat menyayangi makhluknya yang bernama WANITA.. Walau setinggi mana darjat seorang lelaki, lebih tinggi darjat seorang Wanita.. Buktinya?? Benar, wanita wajib patuh kepada suaminya kerana Syurga itu terletak di bawak telapak kaki suami.. tapi di mana pula letaknya Syurga seorang suami? Di bawah telapak kaki ibu bukan? Renung-renungkan & selamat beramal... :) :.



Sunday, October 23, 2011

Unic - Sebuah Pertemuan



~ Assalamualaikum.. Hye allz.. :) ~

Emm.. Actually, dis is one of my fav song.. (kategori nasyid la..hehe).. Lirik lagu ni mendalam, plus lagu pun best.. I dedicate dis song for someone.. Andai bukan jdoh, tetap bersyukur sbgai teman baik.. :)

.: Enjoy this song guys! ~


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Friday, October 21, 2011

~ Hati Pu3.. ~


~ Assalamualaikum ~

emm.. hari ni Pu3 nk post entry in BM la.. sebab bile post in Eng, sometimes, some people dun get it.. In fact, bhse pun tunggang-langgang.. hehe..Cat Icon

Sebenarnya, Pu3 nk share rhsie hati dlm blog ni.. Blog ni dah jd mcm diari hidup.. Biar followers bole same2 bace & jadikn pgjran dlm hdup.. InsyaAllah.. :)

Hari ni Pu3 pegi KPTM Bangi utk presentation & hantar report LI.. Alhamdulillah, everytg was going smoothly.. Syukur sgt2.. Berterime ksih kpd lectrer, s/vsor & semua yg byk membantu.. Only Allah can repay all your good deeds to me.. InsyaAllah.. :)Bear Emoticon

Hri ni Pu3 jumpe & lepak dgn insan2 yg Pu3 syg dlm hdup Pu3.. Suzalina Misnan, Muhammad Syafiq Zulkifli & Sabrina Abdul Hamid.. MSN Bear EmoticonsBile jumpe dgn 3 insan ni, hti tersentuh.. Terlalu byk kngan dkt KPTM tu.. Mungkin diorang xtau betape Pu3 try hard utk tahan air mate dri gugur.. Susah rupe2ny berpure2 tersenyum sdgkn dlm ht menahan sebak.. (mse taip entry ni pun air mate da bergenang.. huhu).. Pu3 akui, Pu3 sygkn diorg.. Syg sgt.. Pu3 sygkn semua org yg hdir dlm hdup Pu3.. Betape Pu3 dihargai.. Pu3 bersyukur.. Pu3 ad family, ad kwn2, ad life & yg plg pentg, Pu3 ad DIA YG MAHA MNGETAHUI.. :)Cat Emoticons

Banyak kata2 nasihat yg Pu3 dpt dri Sabrina hri ni.. Pu3 rse berdose & bersalah.. Byknye khilaf, slah & dose yg Pu3 da buat sepanjang 21 thun hdup kt bumi Allah ni.. sdgkn Dia bg Pu3 hdup dlm dunia ni free je.. Tp pu3 xpnh hrgai & manfaatkn khidupan ni sbaik2nya.. Astaghfirullah.. Berdosenye Pu3.. Malu pd Allah & malu pd dri sndri.. MSN Bear Emoticon

Pu3 nk pesan pd followers yg bace entry ni;

~ Jangan sesekali melihat & menilai sy melalui rupa paras mahupun pemakaian.. Saya juga manusia biasa. Yang sedang berusaha membaiki kesilapan diri & mencari-cari Nur & rahmat Illahi.. Masih menanti keampunan Yang Maha Pengampun untuk berhijrah ke arah yang lebih anggun.. Ampunkn aku Ya Allah.. ~Monkey Icons

.: Sesungguhnya Pu3 hanya hamba yg kerdil & masih menanti perubahan diri.. Kpd semua yg mengenali dri ini, maafkn sgale slah & silap Pu3.. Monkey EmoticonsDoakn Pu3 tabah mengharungi hidup.. & semoga Pu3 & kita semua akn mnjdi Insan Mulia yg bukan hanya Islam pd kalimah & namanya, tetapi juga Islam pd dri & perbuatan.. Same2 kita muhasabah diri.. InsyaAllah.. thanx all.. :.
Cat Emoticon
Rasa Hati;
~ Princess PIZSM ~


Tuesday, October 18, 2011

~ Maafkan abang, adik! ~

" Nazir, kamu tak ke sekolah hari ini? " Puan Hayati bertanya kehairanan tatkala melihat anak terunanya itu masih berselubung di dalam selimut. Nazir berpura-pura tidak mendengar pertanyaan ibunya dan masih membatukan diri. Dia terasa begitu malas untuk ke sekolah pada hari itu. Puan Hayati mulai berang lantas di tariknya selimut yang menyelubuti tubuh Nazir.

" Nazir, kamu dengar tak apa yang mama cakap? Kamu pergi bangun sekarang dan bersiap untuk ke sekolah!" arah Puan Hayati dengan suara yang agak tinggi. Nazir mendengus marah.

" Nazir malas la nak pergi sekolah hari ini. Bukan belajar pun. Cikgu semua ada mesyuarat," Nazir memberi alasan.

" Kamu jangan nak beri macam-macam alasan. Adik kembar kamu tu, Nazmi tidak pernah sekalipun melawan cakap mama. Cubalah kamu jadi seperti dia. Kamu tu nak hadapi SPM tahun ni. Kamu bangun dan pergi bersiap sekarang atau mama akan suruh papa untuk paksa kamu," Puan Hayati cuba mengugut. Apabila mendengar ugutan tersebut, Nazir bingkas bangun namun sengaja di lambat-lambatkan pergerakannya. Hatinya terasa jelek dengan sikap mamanya yang sering memaksa dan membanding-bandingkan dirinya dengan Nazmi. Sememangnya Nazir cukup benci kepada adik kembarnya yang di anggap menyusahkan itu. Nazmi merupakan seorang pelajar yang pandai, berdedikasi serta sangat menghormati orang lain. Dek kerana kelebihan itulah yang menyebabkan Nazmi di benci oleh abang kembarnya sendiri apatah lagi dirinya sering mendahului abangnya itu dalam apa jua perkara.

" Nazri! Cepat sikit bersiap tu. Papa dah tunggu lama ni," laung Nazmi dari tingkat bawah rumah mereka. Nazri mencebik apabila mendengar suara itu. Lantas di capai beg sekolah yang tersangkut di belakang pintu dan turun ke tingkat bawah. Hatinya terasa jengkel apabila melihat pandangan adiknya yang menanti di pintu rumah. Dia menjeling. Cepat-cepat Nazmi mengalihkan pandangannya.

" Kami pergi sekolah dulu,mama," ujar Nazmi dan menyalami tangan wanita mulia itu dan segera masuk ke perut kereta. Nazri hanya memandang sinis dan terus masuk ke dalam kereta tanpa memandang ibunya. Puan Hayati hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

* * * * *

" Naz, kau tak rasa malu dan tercabar ke tengok adik kau belajar kat kelas pandai tapi kau kat kelas hujung," ujar Rahman, teman baik Nazri. Nazri memandang tajam rakannya itu. Hatinya membara.

" Kau ni nak cari gaduh dengan aku ke?" Nazri mulai menyinga. Rahman tersenyum sinis.

" Aku baru tanya macam tu kau dah naik angin. Relaks la. Aku gurau jela. Gangster sekolah mana boleh cepat terasa," Rahman membalas sambil tertawa. Nazmi menghempaskn buku komik yang sedang di bacanya ke atas meja dan berlalu pergi. Serentak, seisi kelas menoleh ke arah mereka namun tidak di pedulikan oleh Nazir. Dia meninggalkan kelasnya dengan rasa marah dan menuju ke tandas. Dia mengeluarkan sebatang rokok yang disimpan di dalam poket seluarnya dan mula menghisapnya. Hatinya terasa sedikit tenang.

" Abang merokok?" Nazir terkejut mendengar pertanyaan itu lantas menoleh. Dilihatnya Nazmi dan seorang guru disiplin, Encik Faizul sedang memerhatikannya. Nazir terkedu. Segera di campak puntung rokok itu ke lantai.

" Nazir, ikut saya ke bilik disiplin sekarang!" arah Encik Faizul dengan tegas. Nazir hanya menurut. Dia menjeling ke arah Nazmi.

" Nahas kau!" dia berbisik di telinga Nazmi. Penuh dengan dendam. Nazmi mengeluh berat melihat abangnya berlalu pergi. Niatnya hanyalah untuk pergi ke tandas namun ketika tiba di hadapan tandas tersebut, dia bertembung dengan Encik Faizul yang sedang mencari Nazir dengan perasaan marah kerana pelajarnya itu tidak masuk ke kelas untuk subjek yang di ajarnya..

" Abang pasti dah salah faham," Nazmi berbisik sendiri. Dia mengeluh lagi.

* * * * *

" Ini semua salah kau! Kalau kau tak mengadu pasal aku dekat cikgu tadi, mesti aku tak kena rotan!" Nazir menyemburkan perasaan marahnya kepada Nazmi. Serentak dengan itu, satu penumbuk singgah di wajah adik kembarnya itu. Nazmi terduduk. Terasa cecair panas mengalir di bibirnya. Di kesat cecair itu. Merah. Bibirnya berdarah.

" Saya tak nak bergaduh dengan abang. Kalau abang rasa dengan pukul saya dapat lepaskan marah abang, abang pukul saya puas-puas," Nazmi membalas. Dia cuba untuk bangun dengan berpaut pada meja di sebelahnya. Walaupun hatinya bengkak kerana dikasari oleh saudara darah dagingnya sendiri, namun tiada sekelumit pun perasaan bneci dan marahnya pada insan yang di sayanginya itu. Nazri merenungnya tajam. Dia berlalu pergi dan menghempas pintu kamar adiknya itu dengan sekuat-kuat hati. Nazmi terkejut dengan tindak-tanduk abangnya itu lantas mengekorinya.

" Abang, saya tak nak kita terus-terusan bermusuh begini. Kenapa abang begitu bencikan saya? Apa salah saya?" Nazmi meninggikan suaranya. Nazri yang sedang menuruni anak tangga berhenti. Dia menoleh ke arah adiknya dengan perasaan benci. Dia kemudian meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Nazmi yang memanggilnya berkali-kali. Nazmi cuba mengejar lelaki itu. Entah bagaimana, dia tersilap langkah dan terjatuh dari tangga yang agak tinggi itu. Kepalanya terhantuk di dinding.

" Arghhhhhhh!!!" jeritan Nazmi mengejutkan seisi rumah. Puan Hayati dan suaminya, Encik Azmi yang sedang berada di dapur segera berlari ke arah Nazmi. Nazri terkaku tatkala melihat darah mulai membasahi baju ayahnya yang sedang merangkul tubuh Nazmi.

" Ya Allah! Kenapa boleh jadi macam ini?" jerit Encik Azmi. Puan Hayati hanya mampu menangis melihat tubuh anaknya yang kaku itu.

" Nazri, call ambulance cepat!" arah Encik Azmi apabila melihat Nazri hanya berdiri kaku melihat kejadian yang tidak di duga itu. Nazri tersentak dan segera menghubungi pihak hospital. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar adik kembarnya itu selamat. Terasa menyesal kerana menjadi punca terhadap semua yang terjadi. Ambulans tiba di rumah mereka 10 minit kemudian. Pihak hospital segera memeriksa keadaan Nazmi yang terkulai layu. Salah seorang pegawai kesihatan kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan wajah sugul. Encik Azmi terkesima. Puan Hayati meraung kesedihan. Nazri terduduk. Tubuhnya menggeletar. Hiba. Perasaan bersalah dan insaf menyelubungi lubuk hatinya. Perlahan-lahan manik-manik jernih mengalir dari kelopak matanya. Di rapatinya tubuh arwah Nazmi yang kaku dan tidak lagi bernyawa. Terasa berdosa terhadap adik kembar yang begitu menyayanginya. Nazri merangkul erat tubuh yang tidak berdosa itu. Dia menangis tersedu-sedu.

" Maafkan abang, Nazmi. Abang berdosa," bisik hatinya sayu. Kesedihannya tidak dapat di bendung lagi. Di cium dahi adiknya itu dengan penuh rasa penyesalan.

" Sesungguhnya, kau adalah adik terbaik di dalam hidup abang. Abang berjanji akan berubah menjadi lebih baik," hati kecilnya berbisik nekad.

Tamat

Hasil nukilan;

Princess PIZSM

~FacEboOk~