BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.:im a princess of my own way:.

Monday, October 24, 2011

~ Kehebatan Seorang Wanita ~



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat..

Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil..

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang di berikannya..

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad..

Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..

Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat..



Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah & kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari & wanita itu akan di mandikan di dalam Syurga & menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang di buat daripada yakut..

Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya..

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah..

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang di sukainya..


Sumber:
"Wanita Yang Di rindui Syurga "

.: Subhanallah.. Betapa Allah amat menyayangi makhluknya yang bernama WANITA.. Walau setinggi mana darjat seorang lelaki, lebih tinggi darjat seorang Wanita.. Buktinya?? Benar, wanita wajib patuh kepada suaminya kerana Syurga itu terletak di bawak telapak kaki suami.. tapi di mana pula letaknya Syurga seorang suami? Di bawah telapak kaki ibu bukan? Renung-renungkan & selamat beramal... :) :.



0 comments:



~FacEboOk~