.:im a princess of my own way:.
Monday, October 24, 2011
~ Kehebatan Seorang Wanita ~
Posted by Pr!NceSs... at 2:30 AM 0 comments
Sunday, October 23, 2011
Unic - Sebuah Pertemuan
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala
(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Ulang (*)
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Posted by Pr!NceSs... at 11:09 AM 0 comments
Friday, October 21, 2011
~ Hati Pu3.. ~
Posted by Pr!NceSs... at 5:37 AM 0 comments
Tuesday, October 18, 2011
~ Maafkan abang, adik! ~
" Nazir, kamu tak ke sekolah hari ini? " Puan Hayati bertanya kehairanan tatkala melihat anak terunanya itu masih berselubung di dalam selimut. Nazir berpura-pura tidak mendengar pertanyaan ibunya dan masih membatukan diri. Dia terasa begitu malas untuk ke sekolah pada hari itu. Puan Hayati mulai berang lantas di tariknya selimut yang menyelubuti tubuh Nazir.
" Nazir, kamu dengar tak apa yang mama cakap? Kamu pergi bangun sekarang dan bersiap untuk ke sekolah!" arah Puan Hayati dengan suara yang agak tinggi. Nazir mendengus marah.
" Nazir malas la nak pergi sekolah hari ini. Bukan belajar pun. Cikgu semua ada mesyuarat," Nazir memberi alasan.
" Kamu jangan nak beri macam-macam alasan. Adik kembar kamu tu, Nazmi tidak pernah sekalipun melawan cakap mama. Cubalah kamu jadi seperti dia. Kamu tu nak hadapi SPM tahun ni. Kamu bangun dan pergi bersiap sekarang atau mama akan suruh papa untuk paksa kamu," Puan Hayati cuba mengugut. Apabila mendengar ugutan tersebut, Nazir bingkas bangun namun sengaja di lambat-lambatkan pergerakannya. Hatinya terasa jelek dengan sikap mamanya yang sering memaksa dan membanding-bandingkan dirinya dengan Nazmi. Sememangnya Nazir cukup benci kepada adik kembarnya yang di anggap menyusahkan itu. Nazmi merupakan seorang pelajar yang pandai, berdedikasi serta sangat menghormati orang lain. Dek kerana kelebihan itulah yang menyebabkan Nazmi di benci oleh abang kembarnya sendiri apatah lagi dirinya sering mendahului abangnya itu dalam apa jua perkara.
" Nazri! Cepat sikit bersiap tu. Papa dah tunggu lama ni," laung Nazmi dari tingkat bawah rumah mereka. Nazri mencebik apabila mendengar suara itu. Lantas di capai beg sekolah yang tersangkut di belakang pintu dan turun ke tingkat bawah. Hatinya terasa jengkel apabila melihat pandangan adiknya yang menanti di pintu rumah. Dia menjeling. Cepat-cepat Nazmi mengalihkan pandangannya.
" Kami pergi sekolah dulu,mama," ujar Nazmi dan menyalami tangan wanita mulia itu dan segera masuk ke perut kereta. Nazri hanya memandang sinis dan terus masuk ke dalam kereta tanpa memandang ibunya. Puan Hayati hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.
* * * * *
" Naz, kau tak rasa malu dan tercabar ke tengok adik kau belajar kat kelas pandai tapi kau kat kelas hujung," ujar Rahman, teman baik Nazri. Nazri memandang tajam rakannya itu. Hatinya membara.
" Kau ni nak cari gaduh dengan aku ke?" Nazri mulai menyinga. Rahman tersenyum sinis.
" Aku baru tanya macam tu kau dah naik angin. Relaks la. Aku gurau jela. Gangster sekolah mana boleh cepat terasa," Rahman membalas sambil tertawa. Nazmi menghempaskn buku komik yang sedang di bacanya ke atas meja dan berlalu pergi. Serentak, seisi kelas menoleh ke arah mereka namun tidak di pedulikan oleh Nazir. Dia meninggalkan kelasnya dengan rasa marah dan menuju ke tandas. Dia mengeluarkan sebatang rokok yang disimpan di dalam poket seluarnya dan mula menghisapnya. Hatinya terasa sedikit tenang.
" Abang merokok?" Nazir terkejut mendengar pertanyaan itu lantas menoleh. Dilihatnya Nazmi dan seorang guru disiplin, Encik Faizul sedang memerhatikannya. Nazir terkedu. Segera di campak puntung rokok itu ke lantai.
" Nazir, ikut saya ke bilik disiplin sekarang!" arah Encik Faizul dengan tegas. Nazir hanya menurut. Dia menjeling ke arah Nazmi.
" Nahas kau!" dia berbisik di telinga Nazmi. Penuh dengan dendam. Nazmi mengeluh berat melihat abangnya berlalu pergi. Niatnya hanyalah untuk pergi ke tandas namun ketika tiba di hadapan tandas tersebut, dia bertembung dengan Encik Faizul yang sedang mencari Nazir dengan perasaan marah kerana pelajarnya itu tidak masuk ke kelas untuk subjek yang di ajarnya..
" Abang pasti dah salah faham," Nazmi berbisik sendiri. Dia mengeluh lagi.
* * * * *
" Ini semua salah kau! Kalau kau tak mengadu pasal aku dekat cikgu tadi, mesti aku tak kena rotan!" Nazir menyemburkan perasaan marahnya kepada Nazmi. Serentak dengan itu, satu penumbuk singgah di wajah adik kembarnya itu. Nazmi terduduk. Terasa cecair panas mengalir di bibirnya. Di kesat cecair itu. Merah. Bibirnya berdarah.
" Saya tak nak bergaduh dengan abang. Kalau abang rasa dengan pukul saya dapat lepaskan marah abang, abang pukul saya puas-puas," Nazmi membalas. Dia cuba untuk bangun dengan berpaut pada meja di sebelahnya. Walaupun hatinya bengkak kerana dikasari oleh saudara darah dagingnya sendiri, namun tiada sekelumit pun perasaan bneci dan marahnya pada insan yang di sayanginya itu. Nazri merenungnya tajam. Dia berlalu pergi dan menghempas pintu kamar adiknya itu dengan sekuat-kuat hati. Nazmi terkejut dengan tindak-tanduk abangnya itu lantas mengekorinya.
" Abang, saya tak nak kita terus-terusan bermusuh begini. Kenapa abang begitu bencikan saya? Apa salah saya?" Nazmi meninggikan suaranya. Nazri yang sedang menuruni anak tangga berhenti. Dia menoleh ke arah adiknya dengan perasaan benci. Dia kemudian meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Nazmi yang memanggilnya berkali-kali. Nazmi cuba mengejar lelaki itu. Entah bagaimana, dia tersilap langkah dan terjatuh dari tangga yang agak tinggi itu. Kepalanya terhantuk di dinding.
" Arghhhhhhh!!!" jeritan Nazmi mengejutkan seisi rumah. Puan Hayati dan suaminya, Encik Azmi yang sedang berada di dapur segera berlari ke arah Nazmi. Nazri terkaku tatkala melihat darah mulai membasahi baju ayahnya yang sedang merangkul tubuh Nazmi.
" Ya Allah! Kenapa boleh jadi macam ini?" jerit Encik Azmi. Puan Hayati hanya mampu menangis melihat tubuh anaknya yang kaku itu.
" Nazri, call ambulance cepat!" arah Encik Azmi apabila melihat Nazri hanya berdiri kaku melihat kejadian yang tidak di duga itu. Nazri tersentak dan segera menghubungi pihak hospital. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar adik kembarnya itu selamat. Terasa menyesal kerana menjadi punca terhadap semua yang terjadi. Ambulans tiba di rumah mereka 10 minit kemudian. Pihak hospital segera memeriksa keadaan Nazmi yang terkulai layu. Salah seorang pegawai kesihatan kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan wajah sugul. Encik Azmi terkesima. Puan Hayati meraung kesedihan. Nazri terduduk. Tubuhnya menggeletar. Hiba. Perasaan bersalah dan insaf menyelubungi lubuk hatinya. Perlahan-lahan manik-manik jernih mengalir dari kelopak matanya. Di rapatinya tubuh arwah Nazmi yang kaku dan tidak lagi bernyawa. Terasa berdosa terhadap adik kembar yang begitu menyayanginya. Nazri merangkul erat tubuh yang tidak berdosa itu. Dia menangis tersedu-sedu.
" Maafkan abang, Nazmi. Abang berdosa," bisik hatinya sayu. Kesedihannya tidak dapat di bendung lagi. Di cium dahi adiknya itu dengan penuh rasa penyesalan.
" Sesungguhnya, kau adalah adik terbaik di dalam hidup abang. Abang berjanji akan berubah menjadi lebih baik," hati kecilnya berbisik nekad.
Tamat
Hasil nukilan;
Princess PIZSM
Posted by Pr!NceSs... at 7:04 AM 0 comments