BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.:im a princess of my own way:.

Monday, October 24, 2011

~ Kehebatan Seorang Wanita ~



Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat..

Dua rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat wanita yang tidak hamil..

Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap susu yang di berikannya..

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad..

Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba..

Wanita yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat..



Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah & kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari & wanita itu akan di mandikan di dalam Syurga & menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang di buat daripada yakut..

Wanita yang menguli tepung gandum dengan lafaz "Bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya..

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah..

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki Syurga dari mana-mana pintu yang di sukainya..


Sumber:
"Wanita Yang Di rindui Syurga "

.: Subhanallah.. Betapa Allah amat menyayangi makhluknya yang bernama WANITA.. Walau setinggi mana darjat seorang lelaki, lebih tinggi darjat seorang Wanita.. Buktinya?? Benar, wanita wajib patuh kepada suaminya kerana Syurga itu terletak di bawak telapak kaki suami.. tapi di mana pula letaknya Syurga seorang suami? Di bawah telapak kaki ibu bukan? Renung-renungkan & selamat beramal... :) :.



Sunday, October 23, 2011

Unic - Sebuah Pertemuan



~ Assalamualaikum.. Hye allz.. :) ~

Emm.. Actually, dis is one of my fav song.. (kategori nasyid la..hehe).. Lirik lagu ni mendalam, plus lagu pun best.. I dedicate dis song for someone.. Andai bukan jdoh, tetap bersyukur sbgai teman baik.. :)

.: Enjoy this song guys! ~


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

C/O 1:
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

(*) Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

C/O 2:
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Ulang (*)

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Friday, October 21, 2011

~ Hati Pu3.. ~


~ Assalamualaikum ~

emm.. hari ni Pu3 nk post entry in BM la.. sebab bile post in Eng, sometimes, some people dun get it.. In fact, bhse pun tunggang-langgang.. hehe..Cat Icon

Sebenarnya, Pu3 nk share rhsie hati dlm blog ni.. Blog ni dah jd mcm diari hidup.. Biar followers bole same2 bace & jadikn pgjran dlm hdup.. InsyaAllah.. :)

Hari ni Pu3 pegi KPTM Bangi utk presentation & hantar report LI.. Alhamdulillah, everytg was going smoothly.. Syukur sgt2.. Berterime ksih kpd lectrer, s/vsor & semua yg byk membantu.. Only Allah can repay all your good deeds to me.. InsyaAllah.. :)Bear Emoticon

Hri ni Pu3 jumpe & lepak dgn insan2 yg Pu3 syg dlm hdup Pu3.. Suzalina Misnan, Muhammad Syafiq Zulkifli & Sabrina Abdul Hamid.. MSN Bear EmoticonsBile jumpe dgn 3 insan ni, hti tersentuh.. Terlalu byk kngan dkt KPTM tu.. Mungkin diorang xtau betape Pu3 try hard utk tahan air mate dri gugur.. Susah rupe2ny berpure2 tersenyum sdgkn dlm ht menahan sebak.. (mse taip entry ni pun air mate da bergenang.. huhu).. Pu3 akui, Pu3 sygkn diorg.. Syg sgt.. Pu3 sygkn semua org yg hdir dlm hdup Pu3.. Betape Pu3 dihargai.. Pu3 bersyukur.. Pu3 ad family, ad kwn2, ad life & yg plg pentg, Pu3 ad DIA YG MAHA MNGETAHUI.. :)Cat Emoticons

Banyak kata2 nasihat yg Pu3 dpt dri Sabrina hri ni.. Pu3 rse berdose & bersalah.. Byknye khilaf, slah & dose yg Pu3 da buat sepanjang 21 thun hdup kt bumi Allah ni.. sdgkn Dia bg Pu3 hdup dlm dunia ni free je.. Tp pu3 xpnh hrgai & manfaatkn khidupan ni sbaik2nya.. Astaghfirullah.. Berdosenye Pu3.. Malu pd Allah & malu pd dri sndri.. MSN Bear Emoticon

Pu3 nk pesan pd followers yg bace entry ni;

~ Jangan sesekali melihat & menilai sy melalui rupa paras mahupun pemakaian.. Saya juga manusia biasa. Yang sedang berusaha membaiki kesilapan diri & mencari-cari Nur & rahmat Illahi.. Masih menanti keampunan Yang Maha Pengampun untuk berhijrah ke arah yang lebih anggun.. Ampunkn aku Ya Allah.. ~Monkey Icons

.: Sesungguhnya Pu3 hanya hamba yg kerdil & masih menanti perubahan diri.. Kpd semua yg mengenali dri ini, maafkn sgale slah & silap Pu3.. Monkey EmoticonsDoakn Pu3 tabah mengharungi hidup.. & semoga Pu3 & kita semua akn mnjdi Insan Mulia yg bukan hanya Islam pd kalimah & namanya, tetapi juga Islam pd dri & perbuatan.. Same2 kita muhasabah diri.. InsyaAllah.. thanx all.. :.
Cat Emoticon
Rasa Hati;
~ Princess PIZSM ~


Tuesday, October 18, 2011

~ Maafkan abang, adik! ~

" Nazir, kamu tak ke sekolah hari ini? " Puan Hayati bertanya kehairanan tatkala melihat anak terunanya itu masih berselubung di dalam selimut. Nazir berpura-pura tidak mendengar pertanyaan ibunya dan masih membatukan diri. Dia terasa begitu malas untuk ke sekolah pada hari itu. Puan Hayati mulai berang lantas di tariknya selimut yang menyelubuti tubuh Nazir.

" Nazir, kamu dengar tak apa yang mama cakap? Kamu pergi bangun sekarang dan bersiap untuk ke sekolah!" arah Puan Hayati dengan suara yang agak tinggi. Nazir mendengus marah.

" Nazir malas la nak pergi sekolah hari ini. Bukan belajar pun. Cikgu semua ada mesyuarat," Nazir memberi alasan.

" Kamu jangan nak beri macam-macam alasan. Adik kembar kamu tu, Nazmi tidak pernah sekalipun melawan cakap mama. Cubalah kamu jadi seperti dia. Kamu tu nak hadapi SPM tahun ni. Kamu bangun dan pergi bersiap sekarang atau mama akan suruh papa untuk paksa kamu," Puan Hayati cuba mengugut. Apabila mendengar ugutan tersebut, Nazir bingkas bangun namun sengaja di lambat-lambatkan pergerakannya. Hatinya terasa jelek dengan sikap mamanya yang sering memaksa dan membanding-bandingkan dirinya dengan Nazmi. Sememangnya Nazir cukup benci kepada adik kembarnya yang di anggap menyusahkan itu. Nazmi merupakan seorang pelajar yang pandai, berdedikasi serta sangat menghormati orang lain. Dek kerana kelebihan itulah yang menyebabkan Nazmi di benci oleh abang kembarnya sendiri apatah lagi dirinya sering mendahului abangnya itu dalam apa jua perkara.

" Nazri! Cepat sikit bersiap tu. Papa dah tunggu lama ni," laung Nazmi dari tingkat bawah rumah mereka. Nazri mencebik apabila mendengar suara itu. Lantas di capai beg sekolah yang tersangkut di belakang pintu dan turun ke tingkat bawah. Hatinya terasa jengkel apabila melihat pandangan adiknya yang menanti di pintu rumah. Dia menjeling. Cepat-cepat Nazmi mengalihkan pandangannya.

" Kami pergi sekolah dulu,mama," ujar Nazmi dan menyalami tangan wanita mulia itu dan segera masuk ke perut kereta. Nazri hanya memandang sinis dan terus masuk ke dalam kereta tanpa memandang ibunya. Puan Hayati hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya.

* * * * *

" Naz, kau tak rasa malu dan tercabar ke tengok adik kau belajar kat kelas pandai tapi kau kat kelas hujung," ujar Rahman, teman baik Nazri. Nazri memandang tajam rakannya itu. Hatinya membara.

" Kau ni nak cari gaduh dengan aku ke?" Nazri mulai menyinga. Rahman tersenyum sinis.

" Aku baru tanya macam tu kau dah naik angin. Relaks la. Aku gurau jela. Gangster sekolah mana boleh cepat terasa," Rahman membalas sambil tertawa. Nazmi menghempaskn buku komik yang sedang di bacanya ke atas meja dan berlalu pergi. Serentak, seisi kelas menoleh ke arah mereka namun tidak di pedulikan oleh Nazir. Dia meninggalkan kelasnya dengan rasa marah dan menuju ke tandas. Dia mengeluarkan sebatang rokok yang disimpan di dalam poket seluarnya dan mula menghisapnya. Hatinya terasa sedikit tenang.

" Abang merokok?" Nazir terkejut mendengar pertanyaan itu lantas menoleh. Dilihatnya Nazmi dan seorang guru disiplin, Encik Faizul sedang memerhatikannya. Nazir terkedu. Segera di campak puntung rokok itu ke lantai.

" Nazir, ikut saya ke bilik disiplin sekarang!" arah Encik Faizul dengan tegas. Nazir hanya menurut. Dia menjeling ke arah Nazmi.

" Nahas kau!" dia berbisik di telinga Nazmi. Penuh dengan dendam. Nazmi mengeluh berat melihat abangnya berlalu pergi. Niatnya hanyalah untuk pergi ke tandas namun ketika tiba di hadapan tandas tersebut, dia bertembung dengan Encik Faizul yang sedang mencari Nazir dengan perasaan marah kerana pelajarnya itu tidak masuk ke kelas untuk subjek yang di ajarnya..

" Abang pasti dah salah faham," Nazmi berbisik sendiri. Dia mengeluh lagi.

* * * * *

" Ini semua salah kau! Kalau kau tak mengadu pasal aku dekat cikgu tadi, mesti aku tak kena rotan!" Nazir menyemburkan perasaan marahnya kepada Nazmi. Serentak dengan itu, satu penumbuk singgah di wajah adik kembarnya itu. Nazmi terduduk. Terasa cecair panas mengalir di bibirnya. Di kesat cecair itu. Merah. Bibirnya berdarah.

" Saya tak nak bergaduh dengan abang. Kalau abang rasa dengan pukul saya dapat lepaskan marah abang, abang pukul saya puas-puas," Nazmi membalas. Dia cuba untuk bangun dengan berpaut pada meja di sebelahnya. Walaupun hatinya bengkak kerana dikasari oleh saudara darah dagingnya sendiri, namun tiada sekelumit pun perasaan bneci dan marahnya pada insan yang di sayanginya itu. Nazri merenungnya tajam. Dia berlalu pergi dan menghempas pintu kamar adiknya itu dengan sekuat-kuat hati. Nazmi terkejut dengan tindak-tanduk abangnya itu lantas mengekorinya.

" Abang, saya tak nak kita terus-terusan bermusuh begini. Kenapa abang begitu bencikan saya? Apa salah saya?" Nazmi meninggikan suaranya. Nazri yang sedang menuruni anak tangga berhenti. Dia menoleh ke arah adiknya dengan perasaan benci. Dia kemudian meneruskan langkahnya tanpa mempedulikan Nazmi yang memanggilnya berkali-kali. Nazmi cuba mengejar lelaki itu. Entah bagaimana, dia tersilap langkah dan terjatuh dari tangga yang agak tinggi itu. Kepalanya terhantuk di dinding.

" Arghhhhhhh!!!" jeritan Nazmi mengejutkan seisi rumah. Puan Hayati dan suaminya, Encik Azmi yang sedang berada di dapur segera berlari ke arah Nazmi. Nazri terkaku tatkala melihat darah mulai membasahi baju ayahnya yang sedang merangkul tubuh Nazmi.

" Ya Allah! Kenapa boleh jadi macam ini?" jerit Encik Azmi. Puan Hayati hanya mampu menangis melihat tubuh anaknya yang kaku itu.

" Nazri, call ambulance cepat!" arah Encik Azmi apabila melihat Nazri hanya berdiri kaku melihat kejadian yang tidak di duga itu. Nazri tersentak dan segera menghubungi pihak hospital. Dalam hatinya tidak henti-henti berdoa agar adik kembarnya itu selamat. Terasa menyesal kerana menjadi punca terhadap semua yang terjadi. Ambulans tiba di rumah mereka 10 minit kemudian. Pihak hospital segera memeriksa keadaan Nazmi yang terkulai layu. Salah seorang pegawai kesihatan kemudiannya menggeleng-gelengkan kepalanya dengan wajah sugul. Encik Azmi terkesima. Puan Hayati meraung kesedihan. Nazri terduduk. Tubuhnya menggeletar. Hiba. Perasaan bersalah dan insaf menyelubungi lubuk hatinya. Perlahan-lahan manik-manik jernih mengalir dari kelopak matanya. Di rapatinya tubuh arwah Nazmi yang kaku dan tidak lagi bernyawa. Terasa berdosa terhadap adik kembar yang begitu menyayanginya. Nazri merangkul erat tubuh yang tidak berdosa itu. Dia menangis tersedu-sedu.

" Maafkan abang, Nazmi. Abang berdosa," bisik hatinya sayu. Kesedihannya tidak dapat di bendung lagi. Di cium dahi adiknya itu dengan penuh rasa penyesalan.

" Sesungguhnya, kau adalah adik terbaik di dalam hidup abang. Abang berjanji akan berubah menjadi lebih baik," hati kecilnya berbisik nekad.

Tamat

Hasil nukilan;

Princess PIZSM

Sunday, September 25, 2011

~ malay post: TAtkaLa hAti terSentuh ciNta :) ~

Bismillah..

Dikala cinta menyapa..

Dunia begitu indah berwarna..

Bunga-bunga di hati bersemi..

Harum mewangi bagaikan kasturi..

Walaupun cinta tak berwujud…

Namun ia menguasai hidup..

Tatkala hati tersentuh cinta…

Walaupun cinta itu tak berwarna nyata…

Tetapi ia membekas biru di kalbu …

Wahai Sang Maha Pencipta cinta…

Indahnya cinta adalah kurniaanMu..

Ajari kami hamba-hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu..

Ajari kami bahasa cintaMu yang ikhlas…

Ajari kami memaknai cintaMu yang damai dan penuh kasih agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus..

Ya Allah, Teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan mencintai Rasul-Mu di atas segala cinta…

Ya Allah karniakanlah kepada kami cinta hanya mengharapkan redhaMu

Cinta yang hadir di hati tanpa sebab, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yang membentang..

Andai benar cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah yang mengatur segalanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta.

Hati ini begitu mudah terbolak-balik maka serahkanlah rasa yang belum halal itu padaNya, berserahlah kekarena hanya Allah sebaik-baik penjaga.

Dikala hati resah memendam rindu..

Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..

Monday, August 8, 2011

~ tired.. ~


im so tired when guys keep asking me "would u like 2 be my gf?" or evn ask "dun u wanna hav a bf?". im sick of having a srious rlationshp.yup! im totally finished!. im tired of guys around me. im tired of guys who dun evn put a little trust on me. im tired of guys who nver admit their own mistakes. im tired of guys who keep asking me 2 respct them but they nver gve some rspect 2 me. im tired of yelling at guys. im tired of getting mad. im tired of guys who alwys being bossy n think dat they r prfect enuf. im tired of guys who simply judge me b4 they knw me. im tired of guys who luv 2 make me cry when they dun dserve 4 my tears.


im juz a simple gurl. yup! i used 2 be a vry complicated prson b4. alwys made an easy thing became so trouble. i knew dat i was quite queen control n nvr gave guys chances 2 hav even a small conversation wit other gurls. but dun they knw y i bcame like dat??? coz im totally tired of LIARS! i trusted on guys but they cheated. i was vry loyal 2 de person i loved but they didnt knw hw 2 apprciate me. i luv them wit all my heart but they simply betrayed me. n coz of dat sucks, i become who i am now.

heart broken makes me suffer. heart broken makes me stronger. heart broken makes me tougher. im not simply trust on guys anymore. hard 2 fall in luv. juz having frenship wit any1 i like. dun need 2 be hypocrite. nver let them take me 4 granted. easy 2 be my fren but difficult 2 be my lover. easy 2 get closer 2 me but difficult 2 touch my heart. 4 guys who once had been a part of my life, i'll nver turn back on u. nver ask me 2 fall back in ur arms. i've grown too strong. i learned 2 live half alive. aftr some1 i luv de most had running away leaving scars. im still sad coz of him. it takes a long time 2 heal. juz 2 feel alrite.

im mybe alone but IM NOT LONELY. i juz need a man who needs me. i juz need a man who nver let me cry cz of him. i do need a man but not now. im juz recovered. my heart is still empty. no more space 4 having luv twards any guys. starting frm now on, im deeply luv only myself, my fmly, my frenz n my single life. coz IM SO TIRED OF BEING TIRED WIT U GUYS! (-__-')

Sunday, July 17, 2011

salam guys! im here again.. juz 2 update my ordinary blog.. as usual :)


hw r u? hope all of u are doing fine.. insyaAllah.. May Allah bless all ur days alwys.. :)
n me.. im juz fine.. huhu..

actually, i dunno wat thing i shud write down here.. cz im freaking hungry now.. so, quite difficult 2 think.. hahahaha.. dun be like me yaa,, hihi :p urm.. honestly, i would like 2 share my hepy life dat i juz got lately.. im juz knowing some1 very sweet.. his name? let it be my secret first.. heee :p.. he's a vry easy going person.. em.. very nice.. funny n easy 2 get along wit him.. but i prefer 2 be frenz 1st cz it takes me a long time 2 heal.. :) i do luv de way he try 2 get closer wit me.. vry gentleman.. huhu.. it's ok.. too early 4 me 2 think about my future.. only Allah knows da best thing 4 me.. i juz put sun in my day n stars around my life 2 bright up my whole way.. let bygone be bygone.. my past mistakes do teach me how 2 be a better gurl.. n already turned me 2 a new leaf as well.. :)

so.. juz put aside those sadness.. fill up my heart wit luv n care dat people had given 2 me.. n im growing up as a much3 better person..:) 4 gurls out there; DONT BE A WOMAN WHO NEEDS A GUY.. BE A WOMAN DAT A GUY NEEDS.. adioss!!;)

~ FrEnz aRe l!Ke d!s~ :)

A Friend...

Accepts you as you are
Believes in you
Calls you juz to say 'hi'
Doesn't give up on you
Envisions de whole of you (even de unfinished parts)
Forgives your mistakes
Gives unconditionally
Helps you
Invites over you
Just be with you
Keeps you close at heart
Loves you for who you are
Makes a difference in your life
Never judges
Offers support
Picks you up
Quiets your fear
Raises your spirits
Says nice things about you
Tells you de truth when you need to hear it
Understands you
Values you
Walks beside you
Xplains things you don't understand
Yells when you won't listen
Zaps you back to reality

*friends are from heaven..! try to appreciate them..;

Thursday, June 30, 2011

~ jAr of hEart LyriCs ~

I know I can't take one more step towards you
'Cause all that's waiting is regret
And don't you know I'm not your ghost anymore?
You lost the love I loved the most

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

I hear you're asking all around
If I am anywhere to be found
But I have grown too strong
To ever fall back in your arms

And I learned to live, half-alive
And now you want me one more time
And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Who do you think you are?

Dear, it took so long just to feel alright
Remember how to put back the light in my eyes
I wish I had missed the first time that we kissed
Cause you broke all your promises

And now you're back
You don't get to get me back

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
So don't come back for me
Don't come back at all

And who do you think you are?
Runnin' 'round leaving scars
Collecting your jar of hearts
And tearing love apart

You're gonna catch a cold
From the ice inside your soul
Don't come back for me
Don't come back at all

Who do you think you are?
Who do you think you are?
Who do you think you are?

Christina Perri - Jar of Hearts Official Video

~ it'S ok tO bE singLe :) ~



salam beeps :)

hw's ur life going on? hope tday's better than yestrday.. ^_^

~ em.. i juz drop here 4 a while.. juz 2 share hw's my life going on recently.. urmm.. lately, my life becomes so complicated.. having sorrow inside my heart.. i juz broke up wit my bf.. but it's ok.. i do believe dat evrytg hppens 4 a reason.. rite? evn though ive been single 4 almost a month, but it's ok.. i can feel hw amazing it is 2 be alone.. yeahh! SINGLE IS AWESOME! :)

i juz wanna advice all gurls out there.. nver regret 4 wat u hav been through.. nver cry 4 those who dont dserve ur tears.. bcoz de 1 who deserve it will nver let u cry! remmber dat yaa :)

juz like me.. at 1st, i found myself totally lost when he asked me 2 let him go.. i cried 4 more than 2weeks.. evry single day.. i could let him go from my mind..but not my heart.. so sucks! but.. my frenz n fmily are so understnding.. they had given me words 2 build up my cnfidency.. they asked me 2 keep praying.. n i knew dat Allah will show me de rite path.. n slowly.. i started 2 smile.. :)

actualy, im so thankful 2 my fmly n frenz 4 standg besides me through thick n thin.. love u guys! emm.. n thanx to his family cz still keep supportg me.. i do luv his fmly.. :)

hurmm.. i admit dat im not a perfect gurl 4 anybody.. n 4 dat, from my deepest heart, i would like 2 apologize 2 him n his fmly 4 evry single mistake dat i've done.. thanx 4 evry moments we shared together.. memorable.. i'll nver forget about dat.. :)

so all.. let go of ur past.. but hold on 2 its lessons.. nver takes a prson 4 granted.. do apprciate evry little thing u hav.. n 4 guys out there!!! watch out!!! u can push away a gurl from ur life until she walks away on her own.. BUT MAKE SURE DIS IS WAT U REALLY WANT.. cz when she's gone, she'll nver come back!.. rmmber dat till ur last breath! tq :)


Wednesday, June 8, 2011

~ CiNTA itU bUKan UNtuKku~

Saat pertama kali sang teruna bertentangan mata dengan si dara, hati lelakinya sudah terpaut. Melihat lirikan mata si perawan yang begitu mempesona sambil tersenyum manja,sudah cukup membuat hati Syafiq bergetar; melonjak-lonjak ingin mengenali gadis itu. Siapa dia? Hati kecilnya berbisik. Lantas dia mencari-cari temannya.

" Ra, kenal tak dengan girl yang berdiri depan pintu tu?" Syafiq bertanya kepada rakannya, Rara.

" Oh, kenal. Nama dia Putri. Dia toiletmate I. Kenapa? U berminat ke?" Rara mengusik nakal. Syafiq hanya tersenyum penuh makna. Matanya terus terpaku melihat senyuman dan gelak ketawa si gadis yang sedang berbual-bual mesra dengan seorang lelaki yang tidak di kenali. Sesekali, gadis itu memandang ke arahnya sambil memberikan senyuman manis. Arghhhh!! Hati Syafiq menjerit. Mahu mengenali Putri.

* * * * *

Hari ini sesi kuliah pertama bermula. Sebagai pelajar Pengurusan Perniagaan Peringkat Diploma di Kolej Poly-Tech Mara Bangi ini, sudah menjadi kewajipan untuk semua pelajar berpakaian kemas dan bersih. Begitu juga dengan jejaka kacak ini; Syafiq. Dia memilih untuk memakai kemeja berlengan panjang berwarna putih dengan disertakan seutas tali leher berwarna hitam. Segak dan bergaya. Dia memandang jam di pergelangan tangannya sekilas sebelum mempercepatkan langkahnya.

" Aku dah terlewat ni," hati kecilnya berbisik. Setibanya di hadapan kelas, kedengaran satu suara kecil sedang memberi penerangan mengenai silibus subjek; Mathematics Statistics. Perlahan pintu di ketuk dan terdengar suara itu memberi arahan untuk masuk. Syafiq melangkah ke dalam kelas. Serentak, semua mata tertumpu ke arahnya. Syafiq hanya tersipu-sipu malu dan segera berjalan menuju ke tempat duduk yang masih kosong di barisan kedua.

" Lambat sampai? " satu suara halus menegur Syafiq. Dia yang sedang membelek-belek buku tersentak lalu memandang ke arah suara itu. Putri! Hatinya berdegup laju dengan tiba-tiba. Di renung wajah gadis yang hanya tersenyum itu. Perlahan-lahan Syafiq mengukir senyuman malu. Putri kembali menumpukan perhatiannya kepada sesi pembelajaran. Syafiq tersengih sendiri. Gembira dengan teguran yang tidak diduga itu.

Sesi pembelajaran pada hari itu berakhir kira-kira jam 12 tengah hari. Tiada apa yang di pelajari pada hari itu memandangkan masih ada pensyarah yang tidak dapat masuk ke kuliah kerana mempunyai urusan. Syafiq berjalan pantas menuju ke kereta Unser miliknya, yang berwarna ungu gelap. Ketika dalam perjalanan keluar dari kawasan kolej, Syafiq terlihat seorang gadis yang begitu ayu dalam busana jubah berwarna hitam sedang berjalan. Walaupun gadis itu membelakanginya, namun dia sudah menduga siapa. Syafiq memperlahankan kereta dan menurunkan cermin tingkap keretanya.

" Hai Putri. Jom la naik sekali," Syafiq menegur dan mempelawa gadis itu. Putri tersentak lalu menoleh kearahnya.

" Em..takpela Syafiq. Putri balik dengan Abang Shahir. Dia dah tunggu kat depan tu," Putri membalas sambil jarinya menunjuk ke arah kereta Waja yang sudah setia menunggu berhampiran pintu masuk kolej.

" Ok, tak pela macam tu," Syafiq membalas dan berlalu pergi. Entah mengapa api cemburu tiba-tiba memercik di sanubarinya. Putri hanya memandang Syafiq berlalu dan segera masuk ke perut kereta Waja milik lelaki yang dipanggil Abang Shahir itu.

* * * * *

Syafiq duduk termenung di sudut katil dan berfikir. Hatinya gelisah. Fikirannya tidak tenteram.

" Siapa Abang Shahir? Teman lelaki dia ke?" persoalan-persoalan itu timbul di benaknya. Rasa cemburu dan ingin tahu menghimpit perasaannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru sahaja di hantar kepadanya. Tangannya pantas mencapai telefon bimbit Samsumg wi-fi yang setia di sisinya.

" Assalamualaikum. Hye Syafiq. Putri ni. Sory tadi tak terima pelawaan Syafiq. Putri dah janji dengan Bella, Elina dan Abang Shahir tadi nak balik dengan diorang. Lain kali ya? Anyway, thanx." Ringkas sahaja sms itu tapi sudah cukup membuat Syafiq tersenyum riang. Segala prasangka dan cemburunya terpadam begitu sahaja.

" Putri mesej aku!" hatinya menjerit gembira. Lantas jari-jemarinya menaip sms untuk si gadis idaman. Dan semenjak hari itu, Syafiq seringkali berbalas sms dengan gadis yang bertubuh kecil dan manja itu. Dalam diam, Syafiq menyimpan perasaan sayang terhadap Putri. Saban hari, hubungan mereka umpama belangkas, tidak mampu dipisahkan lagi. Di mana ada Syafiq, di situ jugalah tempat Putri akan ketemu. Teman tapi mesra. Semakin hari, rasa cinta kian berputik di kamar hati milik lelaki yang bernama Muhammad Syafiq bin Zulkifli. Sifat lemah lembut, periang dan penyayang yang ada pada sang puteri benar-benar menambat hatinya. Namun, terlalu berat bagi jejaka itu untuk meluahkannya. Bimbang seandainya cinta suci yang kian mekar di taman hati, di tolak mentah-mentah dan akan merosakkan hubungan persahabatan mereka.

" Macam mana? Patut tak I luah kat dia?" Syafiq bertanya kepada teman rapatnya, Rara.

" Luah jela. I rasa, dia pun suka U. Dia happy je bila mesej dengan U, keluar dengan U. Tak macam masa dia dengan ex-boyfriend dia. Setiap hari menangis," Syafiq mengeluh berat.

" Em.. I takut dia tak terima. I tak nak sebab ni, friendship kitorang putus macam tu je," Syafiq meluahkan kebimbangannya. Rara tersenyum.

" I yakin dia suka U. Lebih baik U cepat-cepat terus terang kat dia. I takut nanti U yang menyesal bila tengok dia kena sambar dengan lelaki lain," Rara berseloroh. Syafiq tergelak kecil. Namun, kotak fikirannya ligat berfikir.

" Patut ke? " Syafiq bermonolog sendirian. Lama dia berfikir dan akhirnya tersenyum.

" Aku mesti terus-terang! " hatinya tekad. Rara yang masih duduk bertentangan dengannya sekadar tersenyum melihat telatah Syafiq yang sedang di lamun cinta.

" Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia di ambil orang," Rara menyanyi dan bersiul-siul kecil, membuatkan Syafiq tertawa.

" Ok, I akan terus-terang!" ujar Syafiq penuh bersemangat.

* * * * *

31 Disember. Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2008. Malam itu, Syafiq hanya mampu merebahkan badannya di katil. Rakan-rakannya tiada kerana pergi ke Kuala Lumpur untuk menyambut tahun baru yang akan disambut tepat jam 12 tengah malam. Pandangan Syafiq tertumpu ke arah kipas yang sedang ligat berpusing. Dirinya dihimpit kebosanan lantaran keseorangan di kamar asrama yang sederhana besar itu. Fikirannya teringat akan gadis pujaan hati yang masih belum tahu akan isi hatinya itu lantas tangannya pantas mencapai telefon bimbit dan mendail.

" Assalamualaikum. Ye Syafiq?" satu suara halus singgah di gegendang telinganya.

" Waalaikumussalam. Hai Putri. Buat apa? Nak keluar makan tak? Syafiq sorang-sorang ni. Yang lain overnight la," Syafiq membalas perlahan; penuh mengharap.

" Ha, kebetulan pula. Putri pun sorang-sorang. Lapar juga ni. 15minit lagi kita jumpa kat lobby ok?" jawapan Putri benar-benar menggembirakan hati Syafiq. Talian dimatikan. Syafiq merenung sekeping kad yang ada di tangannya. Segala isi hati dan perasaan Syafiq terhadap gadis genit idamannya terluah di dalam kad yang comel itu. Berdebar-debar hati Syafiq tatkala terfikir mengenai apakah keputusan Putri. Jam di dinding di pandang sekilas sebelum bangkit untuk menyiapkan diri. Tepat jam 9.10 malam, Syafiq turun ke lobi asrama. Dari jauh terlihat kelibat Putri telah pun menanti di hadapan pintu lobi.

" Hai Putri. Lama tunggu?" Syafiq memulakan bicara. Putri hanya tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya. Kedua-duanya kemudian berjalan beriringan menuju ke kereta Unser milik Syafiq.

Malam itu, mereka menikmati makan malam di Restoran Limau Nipis yang terletak di seksyen 8, Bangi. Putri dan Syafiq saling berkongsi cerita dan bergurau senda. Ketika jam menunjukkan ke angka 10, barulah mereka gerak pulang ke asrama. Sebelum keluar dari kereta, Syafiq menyerahkan sekeping kad yang terletak di dalam sampul berwarna merah jambu kepada Putri. Putri memandang Syafiq kehairanan.

" Kad apa ni?" Putri bertanya ketika kad tersebut telah bertukar tangan. Syafiq memandang wajah yang bersih itu penuh makna.

" Em.. Malam ni, tepat jam 12 tengah malam, baru Putri baca tau," Syafiq berkata. Putri sekadar mengangguk faham. Mereka kemudiannya berjalan beriringan masuk ke dalam asrama. Sebelum berpisah, Syafiq sempat berpesan sekali lagi mengenai kad itu. Putri hanya tersenyum dan melambai ke arah Syafiq.

Tepat jam 12 tengah malam, Syafiq mendail nombor telefon Putri dengan hati yang berdebar-debar.

" Assalamualaikum," kedengaran jelas suara lunak milik gadis yang bertakhta di hati Syafiq memberi salam.

" Waalaikumussalam. Em..Putri dah baca kad tu?" Syafiq bertanya. Terasa peluh mulai menyengat walaupun ketika itu cuaca agak dingin dan sejuk.

" Em..dah," ringkas sahaja jawapan daripada Putri, membuat Syafiq hampa. Membuat kesimpulan bahawa cintanya sudah pasti ditolak.

" So, apa jawapan Putri?' Syafiq bertanya dengan nada mendatar. Kecewa.

" Em..Putri terima Syafiq," jawapan Putri membuatkan Syafiq tersentak. Hatinya kembali berbunga riang.

" Putri terima? Betul ke?" Syafiq bertanya lagi meminta kepastian. Senyuman lebar terukir di wajahnya.

" Ya. Putri terima Syafiq seadanya. Putri pun sayangkan Syafiq," Putri membalas yakin. Dengan penuh rasa terharu, Syafiq memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran.

" Terima kasih, Putri. Syafiq janji akan jaga Putri sebaik-baiknya," Syafiq bersuara halus tetapi penuh kegembiraan.

" Ok. Esok kita jumpa ye. Putri ada barang nak bagi Syafiq. Assalamualaikum," talian dimatikan. Syafiq menghempaskan badannya ke katil dengan rasa gembira dan bersyukur.

" Terima kasih, sayang," Syafiq berbisik di sudut hatinya.

* * * * *

" Syafiq kat mana? Putri kat kedai seberang asrama tau. Tunggu Putri depan pagar asrama ye," sms daripada Putri di balas dengan senyuman walaupun hakikatnya Putri tidak dapat melihat senyuman itu. Syafiq segera mempercepatkan langkahnya dan menanti kehadiran Putri seperti yang di janjikan. Dari jauh terlihat susuk tubuh milik gadis yang kini menjadi kekasihnya sedang melintas jalan. Putri melambaikan tangannya ke arah Syafiq. Syafiq tersenyum dan membalas lambaian tersebut. Namun benarlah kata orang bahawa malang itu tidak berbau. Ketika Putri sedang melintas jalan, tanpa di duga, sebuah lori yang di pandu laju melanggar tubuh kecil gadis itu sehingga tercampak ke bahu jalan. Darah mulai mengalir tanpa henti dari kepala Putri. Syafiq terkaku melihat keadaan itu.

" Putri accident! Call ambulance! "

" Syafiq,Putri accident! " terdengar suara-suara yang menjerit dan memanggil Syafiq yang masih kaku berdiri.

" Syafiq, Putri sebut nama kau!" ketika suara-suara itu mengeluarkan ayat-ayat yang menyayat hati, barulah Syafiq tersedar. Segera dia berlari ke arah tubuh kecil yang sedang terbaring lemah di bahu jalan. Di rangkulnya susuk tubuh yang tidak bermaya itu. Terasa air panas mengalir di pipinya. Menangis melihat keadaan Putri yang sangat mengguris hati lelakinya . Darah mulai memenuhi baju putih milik Syafiq yang sudah tidak keruan.

" Ni.. Ni untuk Sya.. Syafiq. Jaga.. Jaga diri. Putri..Putri..sayangkan Syafiq," dalam kepayahan bersuara, kata-kata keramat itu keluar daripada mulut Putri. Tangan yang tidak lagi bisa menggoncangkan dunia itu menghulurkan sekeping kad dan sebuah hadiah yang masih berbalut serta terpalit darah padanya. Kesedihan Syafiq tidak dapat di bendung lagi. Dia menangis tersedu-sedu tanpa memikiran orang-orang di sekeliling yang masih kaget melihat kejadian yang tidak di duga itu.

" Bertahan sayang. Mengucap banyak-banyak. Kawan-kawan sayang dah call ambulance," ucap Syafiq dalam sendunya. Putri hanya tersenyum. Wajahnya pucat dan menyedihkan. Dadanya berombak-ombak kencang seakan-akan menahan sakit yang teramat.
" Allah..." sebaik sahaja kalimah mulia itu terucap dari bibir mungil Putri, nafasnya yang kencang kian perlahan dan akhirnya tidak lagi kedengaran. Mata redupnya tertutup rapat. Syafiq menggoncang-goncangkan badan Putri namun tubuh itu kaku dan tidak lagi bernyawa. Air matanya kian deras mengalir. Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menenangkan Syafiq yang masih menangis kehilangan dan memberi laluan kepada pihak hospital dan pihak polis yang baru sahaja tiba untuk melakukan tugas mereka. Terasa sayu melihat kesedihan lelaki budiman yang tertunduk layu dan tiada semangat itu. Syafiq terduduk melutut di bahu jalan tatkala tubuh kecil gadis kesayangannya di bawa pergi.

" Tabahkan hati. Doakan roh Putri aman di sana," kata-kata semangat dari rakan-rakannya yang berada di sisinya menambah rasa sebak di hati. Perlahan Syafiq membuka hadiah pemberian kekasihnya itu. Sebuah kotak musik. Dengan air mata yang masih bercucuran, Syafiq membuka kad kecil lalu membacanya.

" Sayang..

Dirimu ibarat sebutir mutiara,

Tiada berganti lagi..

Hiaskanlah iman bersulamkan taqwa,

Agar kau kan sempat mengucup haruman Syurgawi..

Jadi,

Tunjangkanlah resahmu ke dada solat..

Himpunkanlah keperitanmu di genggaman doa..

Tutupilah kekecewaanmu dengan tawakkal dan redha...

Maka,

Cerminkanlah dirimu dengan tatapan cermin keikhlasan..

Tinggikan nilaimu dengan rasa kasih dan cinta..

Dan basahilah tubuhmu ke dalam jerlus keinsafan..

Semoga dirimu tabah menghadapi dugaan dan rintangan..

Kerana segala yang terjadi, pasti ada hikmah yang tersembunyi..

Salam sayang,

Princess hatimu... :)

Syafiq hanya mampu menangis dan terus menangis. Tidak mampu lagi membendung rasa sedih yang bersarang di sukmanya.

" Sayang.. semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman," Syafiq berbisik sayu.

* * * * *

Jasad tidak bernyawa milik gadis bernama Putri telah selesai disemadikan. Syafiq masih lagi berteleku di sisi kubur gadis kesayangannya yang telah pergi menyahut seruan Illahi. Di renung kubur yang masih merah itu dengan pandangan hiba. Masih terngiang-ngiang kata-kata nasihat dan gelak tawa gadis itu. Masih terbayang-bayang di ruang matanya akan telatah manja dan nakal puteri hatinya. Perlahan-lahan, manik-manik jernih mulai menitis membasahi pipinya.

" Cinta itu bukan untukku.. Kerana cinta itu milik Dia yang hakiki," Syafiq bangun dan melangkah pergi. Pergi meninggalkan Putri keseorangan dan kesunyian di alam baqa'.

Hasil nukilan;

Princess PIZSM




~FacEboOk~