BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

.:im a princess of my own way:.

Thursday, December 30, 2010

~n!Lai c!nta Dan pErsahaBatan~


cinta dan persahabatan…

andainya ku di beri pilihan untuk memilih antara kedua-duanya,

akan ku pilih kedua-duanya,

kerana nilai cinta dan persahabatan itu

sama beerti buat diriku…


cinta…

sungguh manis sebutannya,

namun adakalanya tidak seindah yang kita harapkan,

kerana di sebalik kemanisan itu,

tersirat seribu kedukaan dan kepahitan..

cinta murni mengisi hati di saat kita kesunyian,

cinta kasih hadir di kala kita memerlukan,

cinta sejati hanya terukir buat insan yang tulus mencintai...

persahabatan...

terlalu mudah untuk di perkatakan,

namun sukar pula untuk dimengertikan..

sahabat datang tanpa seruan,

adakalanya menghilang tanpa alasan,

hadirnya anugerah yang tiada bandingan...

teman gembira mudah di cari,

teman berduka sukar pula ditemui...

sesungguhnya,

persahabatan sejati perlu berlandaskan kepercayaan,

berbentengkan kesetiaan,

dan...

berpayungkan kejujuran...


cinta dan persahabatan...

teramat beerti untuk di gadai,

terlalu bernilai untuk di jual beli,

sekali ianya hadir,

belajarlah untuk menghargai...

kerana...

andainya kita kehilangan salah satu daripadanya,

belum tentu kita akan temui sebaik sebelumnya,

peluang menghargai tidak hadir berulang kali,

hanya penyesalan yang akan bersarang di sanubari...


buat semua...

hayatilah! Renungilah!

Betapa indahnya hidup ini,

Sungguh sempurna hari-hari yang di lalui,

kerana kehadiran kedua-duanya...

CINTA DAN PERSAHABATAN.... J


with lots of love,

princess

0 comments:



~FacEboOk~